Sujud Tilawah dan cara melakukannya

Assalamualaikum
Kebiasaannya amalan rakyat Malaysia, kita akan melakukan sujud sajadah pada hari Jumaat apabila kita melakukan solat subuh berjemaah dan imam membaca surah sajadah. Jadi saya nak kongsi cara-cara untuk buat sujud sajadah.
Takrif
Sujud tilawah ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah di dalam Al-Quran
Apakah ayat sajadah?
Ayat sajadah adalah ayat yang bertanda simbol seperti “kubah masjid” di dalam Al-Quran. Terdapat 14 tempat di dalam Al-Quran iaitu:
1) Surah Al-Haj Ayat 18
2) Surah Al-Haj Ayat 77
3) Surah Al-A’raf Ayat 206
4) Surah Al-Ra’d Ayat 15
5) Surah Al-Nahl Ayat 49-50
6) Surah Al-Isra’ Ayat 107-108
7) Surah Maryam Ayat 58
8) Surah Al-Furqan Ayat 60
9) Surah Al-Naml Ayat 25-26
10) Surah Al-Sajadah Ayat 15
11) Surah Fussilat Ayat 37-38
12) Surah Al-Najm Ayat 62
13) Surah Al-Insyiqaq Ayat 21
14) Surah Al-A’laq Ayat 19
Dalil-dalil Hadis
1) Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., katanya: “Nabi SAW membaca kepada kami satu surah yang mempunyai ayat sajadah lalu Baginda sujud dan kami pun sujud hingga salah seorang daripada kami tidak mempunyai tempat untuk meletakkan dahinya” (Riwayat Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari)
2) Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Baginda SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam membaca ayat sajadah, lalu bersujud, syaitan akan menjauhkan diri daripadanya dalam keadaan menangis sambil berkata: Alangkah celakanya aku, anak-anak Adam diperintahkan sujud lalu mereka sujud dan mereka mendapt syurga. Aku pula disuruh sujud tetapi aku ingkar, maka aku mendapat neraka.”
Syarat sah sujud tilawah
1) Suci dari hadas kecil dan besar
2) Berwuduk
3) Suci tubuh, pakaian dan tempat dari najis
4) Menghadap kiblat
5) Menutup aurat
6) Sujud dilakukan selepas selesai membaca ayat tersebut
Bacaan dalam sujud sajadah
Bacaannya ada banyak amalan. Namun saya hanya memetik satu bacaan sahaja, dan bacaan ini juga boleh digunakan dalam sujud syukur iaitu:
Bacaan sujud sajadah-1
Rukun sujud tilawah di luar solat
1) Takbiraturihram
2) Niat bersama permulaan takbiraturihram dengan lafaz “Aku melakukan sujud tilawah kerana Allah”
3) Sekali sujud
4) Salam
Rukun sujud tilawah dalam solat
Imam
1) Niat dengan hati untuk melakukan sujud tilawah
2) Sujud
Makmum
1) Sujud mengikut imam
Moga kita semua memperoleh manfaat :)
Sumber: Ensiklopedia Solat, Telaga Biru SDN BHD, April 2011
Share Button