Persediaan ketika isteri mengandung dan bersalin di UK

Assalamualaikum. Hari ini nak kongsi pengalaman untuk persediaan sekiranya isteri mengandung dan bersalin di UK

  1. Perlu daftar National Health Services (NHS) di UK
  2. Sekiranya ada tanda-tanda mengandung, periksa dahulu sendiri menggunakan kit test yang sedia ada di pasaran. Jika positif, Tahniah.
  3. Telefon General Practise (GP) anda untuk membuat temujanji dengan MIDWIFE, bukan doktor 🙂
  4. Anda akan dapat tarikh temujanji yang sesuai. Setiap MIDWIFE beroperasi di sesebuah kawasan tidak sama dan bukan hari-hari GP tersebut akan ada MIDWIFE.
  5. Ketika hari bertemu midwife, pastikan bersedia untuk memberikan air kencing untuk diberikan pada midwife. Pada waktu ini, midwife akan mengucapkan tahniah, dan midwife akan isi borang khas untuk ib mengandung dan akan tanya soalan-soalan asas. Masa ni boleh pilih hospital mana yang anda mahu bersalin. Pilih yang tedekat sebab senang dan mudah. Midwife akan mengatur temujanji pertama (midwife akan datang rumah), kemudian akan bagi tarih untuk scan baby (minggu ke 12). Untuk scan baby, anda akan dapat surat dari hospital yang menyatakan tarikh, masa dan tempat untuk scan baby. Pada waktu ini juga anda akan dapat satu fail lengkap tentang maklumat ketika mengandung.
dsc_0289

Ada maklumat tentang bersain, acid folik, borang pregnant

6. Pada minggu seterusnya, midwife akan datang ke rumah anda untuk kali pertama. Pada waktu ini, midwife akan tanya lebih terperinci tentang sejarah penyakit dalam keluarga dan beliau juga akan mengambil sampel air kencing dan juga darah untuk ujian.

7. Setelah dianalisis, ada kemungkinan isteri ada kekurangan zat-zat yang diperlukan, ladi midwife akan buat prescription dan ianya akan dihantar ke GP yang anda daftar. Jadi anda kene ambil ubat yang dicadangkan, jangan lupa bawa duit 🙂

8. Di sini juga ada dicadangkan kepada isteri untuk membuat ujian down syndrome kepada anak yang bakal lahir. Midwife akan scan baby dan membuat ujian yang diperlukan. Maklumat yang diperlukan ada dalam file yang diberi. Saya suggest amik ujian ini 🙂

9. Di sini boleh buat ‘tour hospital’ bagi sesiapa yang berminat. Pada waktu post ini ditulis, ada sesetengah hospital sudah menghentikan taklimat tour ini. Sila tanya pada pihak hospital. Di North General Manchester Hospital (NGMH), perkhidmatan ini masih dilaksanakan. Jadi kami tempah slot dan dapat tour hospital untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses kelahiran bayi di hospital ini.

Selesai jelajah hospital

Dapat goodybag

10) Kita juga boleh mohon “Maternity Certificate Exemption” dari midwife. Isi borang tersebut dan pos. Kit dapat benefit bagi ibu mengandung dan dalam masa setahun selepas bersalin dari segi ubat-ubatan, senang cite dapat free.

Borang yang perlu diminta dari midwife

Dah pos kita akan dapat surat reply

Kad certificate Exemption

11) Selepas itu, tunggulah masa untuk bersalin. Sepanjang tempoh itu anda akan jumpa midwife lebih kerap dan perkembangan baby akan dipantau. Jika ada apa-apa masaalh, anda akan dirujuk dengan hospital dan jumpa doktor pakar.

12) Antara tips tambahan:

a) Anda boleh minta uri/placenta dari pihsk hospital. Bagitau pada midwife dan mereka akan beri uri pada anda.

Semoga beroleh manfaat 🙂

Share Button