Sujud syukur Tanda hamba pada-Nya

Assalamualaikum
Hari ini saya ingin berkongsi tentang sujud syukur. Kita telah diberikan terlalu banyak nikmat oleh Allah tetapi kita seringkali kita tidak mensyukuri atas nikmat yang diberikan termasuklah saya. Jadi, diharapkan dengan artikel ini dapat membantu kita semua untuk merasa bersyukur dan hamba padanya.
Dalil-dalil
Dalil 1
Ahmad meriwayatkan Abdul Rahman bin Auf r.a. pernah bercerita, katanya:
Nabi Muhammad s.a.w keluar menuju ke arah bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda, sehingga saya sangka Allah telah mengambil nyawanya. Lalu saya menghampirinya dan duduk. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda:
Baginda: Siapakah ini?
Abdul Rahman bin Auf: Abdul Rahman
Baginda: Mengapa dengan kamu?
Abdul Rahman bin Auf: Wahai Rasulullah engkau sujud terlalu lama, saya bimbang Allah telah mengambil nyawamu.
Baginda: Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata ‘Allah mengatakan kepada engkau: Sesiapa yang memberi selawat ke atas engkau, Aku akan memberi selawat kepadanya dan sesiapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya.’ Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur pada Allah.
(Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, kitab sepuluh yang dijanjikan syurga: Bab hadis Abdur Rahman al-Auf)
Dalil 2
Diriwayatkan dari Abu Bakar r.a bahawa Nabi SAW ketika berlaku perkara menyenangkan atau mendapat khabar gembira, Baginda akan bersegera bersujud sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT (Riwayat Abu Daud)
Syarat-syarat sah sujud syukur
1. Suci dari hadas kecil dan besar
2. Suci tubuh, pakaian dan tempat dari najis
3. Menghadap kiblat
4. Menutup aurat
Bacaan zikir dalam sujud syukur
Bacaan sujud sajadah-1
Cara melakukan sujud syukur
1. Berniat melakukan sujud syukur
2. Takbir
3. Sujud dan membaca zikir
4. Duduk antara dua sujud
5. Memberi salam
Semoga beroleh manfaat :)
Sumber: Ensiklopedia Solat, Telaga Biru SDN BHD, April 2011
Share Button