Trip ke Switzerland dan Italy-Day 1

Assalamualaikum. Untuk hari pertama, kami bertolak dari rumah di Manchester ke Manchester Piccadilly Train station jam 4.30 am. Isteri menyedia sedikit sarapan sebagai bekalan dalam Perjalanan. Tiket train dibeli di mesin yang berada di piccadilly train station. Harga tiket dari piccadilly ke Manchester airport dalam £5 seorang. 

Sampai di Manchester airport, kami bergegas ke Terminal 1 untuk check in. Di sini check in agak ketat, pastikan kita istihar cecair yang dibawa di dalam plastik lutsinar yang disediakan oleh pihak airport dan tidak melebihi 100ml kecuali air untuk baby dibenarkan melebihi 100ml. Makanan kering boleh dibawa masuk. Kami menaiki easyjet jam 8.00 am dan turun di Geneva pada jam 10.00 am. Kalau ikutkan Pengalaman isteri membeli tiket, easyjet lebih murah untuk kanak-kanak berbanding Syarikat penerbangan lain.

Sampai di Geneva airport, lama juga sangkut dekat imigresen sebab dia orang check passport satu-satu. 

Selepas tu kami mencari kaunter untuk membeli swiss pass. Ada juga tiket percuma yang diberikan kepada pelancong, boleh ambil di mesin. Tiket ni membolehkan anda menggunakan pengangkutan awam di bandar Geneva 80 min secara percuma.

Disebabkan kami memang plan untuk gunakan swiss pass, jadi kami tak gunakan tiket percuma ini. Kelebihan swiss pass adalah anda boleh gunakan pengangkutan awam secara termasuk bas dan keretapi percuma dan dapat diskaun di tempat terpilih. Harga swiss pass ni 210 CHF untuk 3 hari. Agak mahal, tapi berbaloi.

Selepas selesai membeli tiket, kami plan berjalan-jalan sekitar bandar Geneva. Kami pergi ke kawasan tasik di tengah bandar dengan berjalan kaki sahaja lebih kurang 20 min. 

Dah puas ambil gambar, kami pun pergi cari makanan Halal, jumpa satu kedai India Halal. Kami beli set kari daging, sayur, Nasi briyani dan roti nan, harga 17 CHF. Boleh tahan sedap. Kalau nak beli barang asas macam air juice, telur dan lain-lain boleh beli di kedai COOP

Selepas tu kami pun bergegas untuk Naik keretapi ke Tempat penginapan kami di Lauterbrunnen. Seperti yang di cadangkan oleh staf Tempat kami beli swiss pass, kami perlu tukar 4 train sepanjang Perjalanan, seperti gambar di bawah.

Perjalan bermula dari Geneva ke Montreux, Zwisimmen, Interlaken dan Lauterbrunnen. Dari Geneva ke Montreux, perjalanan biasa, tiada panorama yang menarik. Dari Montreux ke Zwisimmen kami perlu tukar ke Golden Pass Train. Di sini perjalanan amat cantik, dicadangkan duduk di belah kanan. Zwisimmen ke Interlaken juga tidak kurang hebatnya amat bersih dan tenang

Kemudian kami tukar lagi train di Interlaken ke Lauterbrunnen, iaitu tempat kami menginap, juga amat cantik.

Hotel Tempat kami menginap, Valley Hotel

Untuk maklumat lanjut tentang Valley Hotel, boleh tengok kat booking.com.

Bersambung day 2….

Share Button