Assalamualaikum, hari kedua 21 September 2016, kami ingin pergi Naik train dari Lauterbrunnen ke Interlaken OST dan tukar train ke Luzen. Boleh rancang perjalanan naik train di laman web fahrplan.sbb. Laman web ni boleh rancang perjalanan dari segi tempat, masa dan platform. Penukaran train kene cepat, sebab selalunya sela masa dalam 10 min untuk majority train. Kalau lambat tertinggal la, kene tunggu train seretusnya.

Lauterbrunnen ke Interlaken OST lebih kurang 20 min. Dari Interlaken OST ke Luzern dalam 2 jam.

 Kemudian sampai Luzern kami pergi ke Art Galdau dalam 30 min. Kali ni kami tersalah masuk ke dalam first class punya seat. So kene pindah ke seat biasa. Nak bezakan 1st class dengan biasa bezanya pada tempat duduk 1st class ada sarung warna Merah tulis nombor 1.

Kemudian sampai di Art Galdau,  jalan kaki lebih kurang 500 m untuk ke stesen cogwheel. Kalau beli swiss pass, tunjuk je tiket tu, kalau takde, beli asing.

Dari Art Galdau, kami menaiki cogwheel ke Rigi Kulm, iaitu puncak gunung yang berketinggian 1748 m. Keadaan di puncak gunung agak berkabus, jadi tidak ada rezeki untuk lihat pemandangan jauh yang menabjubkan.

Kemudian kami menaiki cogwheel berwarna Merah menuju ke Vitznau tetapi kami Berhenti di Rigi Kaltbad untuk Naik kabel car ke Weggis. Kabel car ni pun boleh guna swiss pass. Muatan kabel ini seramai 76 orang termasuk yang berdiri. Masa ni masih berkabus, jadi nampak putih je. Tapi ok la dapat rasa naik kabel car.

Dari Weiggis nak ke Luzern,  kami naik ferry. Perjalanan mengambil masa 40 min. Macam biasa, guna swiss pass sahaja.

Kemudian dari Luzern kami plan nak balik ke hotel naik keretapi dari Luzern ke Interlaken OST ke Lauterbrunnen. Sebelum balik tu kami bersiar-siar di bandar Luzern. 

Sempat juga beli buah yang tak pernah kami makan iaitu buah quitten. Nak rasa skit. Rasanya kelat manis.

Selepas tu kami terus pulang ke hotel seperti dirancang.

Bersambung Day 3..

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *