Sedekah amalan mulia

Assalamualaikum
Hari ini saya nak berkongsi secebis ilmu yang diperolehi di dalam kereta pagi ini. Saya suka mendengar radio IKIM yang menyajikan rancangan yang mendidik jiwa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Saya seringkali tertanya-tanya kepada diri sendiri apabila didatangi oleh peminta sedekah. Contohnya, kita didatangi oleh orang buta yang menjual tisu yang dipimpin oleh seseorang. Dalam hati terdetik “nak minta sedekah lah tu dengan cara menjual tisu” atau “betul ke dia ni buta” timbul persepsi negatif terhadap orang tersebut. Betapa buruknya hati ini bila mengenang kembali sikap kita seperti itu..
Contoh yang lain adalah jika kita berjalan di pasar, akan ada sekumpulan orang yang meminta sedekah dengan cara berdiri di sesuatu tempat dengan kotak duit diatas tangan. Jika kita pergi ke pasar yang lain, orang yang sama akan kita jumpa.. jadi apakah persepsi kita? Jika saya terdetik dalam hati ini “hmm diorang ni tipu ke tak?”… Walaupun kita sedekah, adakah ianya ikhlas?
Ya Allah jauhkan dari perasaan bersangka buruk dan tidak ikhlas.. Amin
Kita perlu memperbaiki diri dari semasa ke semasa.. dengan cara sentiasa mendengar ucapan atau nasihat yang baik agar ianya masuk ke dalam diri kita. Jadi pengajaran yang saya dapat dari mendengar Motivasi Pagi di IKIM pg tadi menyedarkan saya tentang sedekah itu sendiri.
Ingatlah sebelum hendak bersedekah, niatkan di kita untuk MEMBERI. Jadi tidak kira orang itu sihat, sakit, ada duit, tak ada duit, orang kaya, orang miskin, niatkan untuk memberi. Jika kita niatkan untuk MEMBERI kerana ALLAH, insya Allah walau keadaan apa pun kita akan bersedekah dengan tulus dan ikhlas INSYA ALLAH.
Walaupun berkali-kali orang yang sama datang untuk meminta sedekah, niatlah untuk MEMBERI, jadi maksudnya kita memang nak bagi sedekah walaupun orang itu kaya dan sihat.
Dengan cara ini kita boleh mengetepikan perasaan negatif dan semoga amalan ini dapat kita teruskan pada masa akan datang kerana ianya adalah saham akhirat untuk kita.
Share Button
Tags: