Trip ke Switzerland dan Italy-Day 3

Assalamualaikum 

Hari ini naik kabel car, masih guna swiss pass dari Lauterbrunnen ke Grutschalp dlm 4 min. Cuaca amat baik berbanding, tiada kabus dan ada pancaran matahari.

Kemudian naik train (swiss pass) ke Murren. Pemandangan di sekitar kampung amat cantik.

Kami menuju ke kabel car (swiss pass) di Schilthorn untuk turun ke Stechelberg.

Selepas itu kami naik bas kuning (swiss pass) menuju ke Lauterbrunnen iaitu tempat kami menginap untuk memulakan perjalanan ke Italy. 

Hari ini kami akan bergerak ke Torino, sempadan Switzerland dengan Italy. Perjalanan dirancang dengan menggunakan website fahrplan.sbb. Website ini amat mudah, kita dapat tahu masa perjalanan platform dan jenis pengangkutan. 

Kami singgah sebentar di Interlaken West. Di sini Pemandangan amat cantik dan ada beberapa restoren halal.

Kemudian kami memulakan perjalanan selama 8 jam dari Interlaken West ke Torino. 

Sampai Torino, kami pun check in Corona Hotel di sini setelah tempah melalui booking.com.

Bersambung day 4….

Share Button