Sepak Takraw di bumi Manchester, United Kingdom

Assalamualaikum. Baru-baru ini sukan sepak takraw menjadi bualan di UK. Ini terbukti apabila sekumpulan mat salleh dari COPA90 datang melihat sukan sepak takraw ini dan merakamkan setiap detik pemain-pemain.

 

 

Bersungguh-sungguh mereka mencuba permainan ini. Sekejap je dah biasa. Sanggup datang dari London semata-mata untuk merakamkan permainan ini. Nampaknya mereka sangat menyukainya

 

Kemudian pada 5 Jan 2017, pihak BBC (salah sebuah rancangan tv terkenal di UK) pula berminat untuk merakamkan latihan kami di Manchester untuk disiarkan dalam rancangan BBC breakfast (macam MHI TV3). Pengaca TV segment sukan dalam BBC breakfast ini, MIKE telah membawa juara FREESTYLE FOOTBALL John Farnworth untuk mencuba permainan sepak takraw ini.

 

 

Memang power mamat John Farnwoth tu timbang bola takraw, sekejap je dah boleh buat skill macam-macam.

Video di bawah adalah rakaman amatur dari rakan-rakan sepanjang sesi rakaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar di bawah menunjukkan kapten sepak takraw Manchester, Azhar Hasrin Dan isterinya ketika di temuduga oleh Mike di studio BBC, Salford, UK.

Gambar di bawah adalah gambar semasa sesi rakaman.

Begitulah ceritanya sepak takraw di bumi UK ini, semoga permainan ini menjadi pilihan rakyat UK pada masa akan datang

 

Share Button