Cara-cara nak pembiayaian semula (refinancing) rumah

Assalamualaikum. Hari ni nak share cara-cara untuk pembiyaan semula rumah yang menggunakan pembiyaan bank (bukan loan kerajaan). Antara tujuan pembiyaan semula adalah untuk dapatkan duit cash, untuk tujuan pelaburan, ubah suai rumah dan menghapuskan hutang sedia ada. Selain itu ianya boleh digunakan untuk mengurangkan kadar bayaram bulanan melalui tawaran faedah yamg rendah dari bank lain dan mengurangkan tempoh bayaran.Ingat, ‘cash’ yang dijana jangan guna untuk hiburan dan kepuasan diri kerana keburukan pembiyaan semula adalah bayaran bulanan akan tinggi. Gunalah untuk pelaburan.Cara-caranya:

  1. Kene ada rumah atas nama sendiri atau joint venture
  2. Pastikan takde lock in period pada loan rumah yang hendak di buat pembiayaian semua. Jika ada kene bayar penalti.
  3. Ada 2 cara untuk untuk pembiyaan semula. Satu dengan bank sedia ada dan dua dengan bank lain.
  4. Pergi bank dan periksa kemampuan anda untuk membuat pembiyaan semua.
  5. Jika pegawai bank rasa anda mampu lulus dengan pembiyaan baru, isi borang yang disediakan untuk pembiyaan semula. Antara dokumen yang diperlukan adalah geran rumah, 3 bulan slip gaji terkini, EA form, 3 bulan bank statement dan penyata KWSP.
  6. Dalam masa 7-14 hari, anda akam tahu keputusan pembiyaan semula anda.
  7. Seterusnya jika lulus, sign LO letter.
  8. Lepas tu jangan lupa minta hadiah free dengan pegawai bank 🙂

Share Button