Bakal bapa: Apa yang perlu dilakukan semasa menanti kelahiran anak?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, anak pertama saya bersama isteri tercinta telah selamat dilahirkan. Ingin saya kongsikan pengalaman menjadi bapa kepada bakal-bakal bapa diluar sana. Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah pengalaman saya yang kerdil ini. Saya bukanlah insan yang baik, tetapi cuba untuk meniadi terbaik.

Baiklah, sepanjang isteri mengandung selama sembilan bulan, kita sebagai suami dan bakal bapa perlu memainkan peranan. Antaranya adalah:

1) Sentiasa membantu isteri anda samada di dapur, mengemas rumah dan sebagainya. RINGANKANLAH tugas isteri kerana isteri anda sedang berjuang untuk melahirkan insan yang beriman dan berguna kepada masyarakat.

2) Sentiasa cuba yang terbaik untuk menjaga emosi isteri agar isteri sentiasa tenang dan gembira. Bawalah ke tempat-tempat yang disukai isteri seperti membawa ke tempat makan yang istimewa, membawa ke pantai melihat pemandangan yang menyejukan mata dan sebagainya.

3) Sentiasa mendoakan isteri dan anak agar diberikan kesihatan, kecergasan dan keselamatan. Buatlah solat hajat dan mohonlah pada Allah seikhlas hati.

image

Semoga dengan sedikit perkongsian dari saya, manusia yang lemah lagi hina ini dapat dimanfaatkan bersama.

Share Button