Cara-cara pembelian tanah melalui Lembaga Pembiyaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk membeli tanah melalui LPPSA saya akan kongsi pengalaman saya dengan anda semua seperti di bawah:
1) Kelayakan
a) Semak kelayakan membeli tanah di http://www.lppsa.gov.my/v2/. Untuk membeli tanah, hanya 50% dari kelayakan penuh boleh digunakan. Baki pembiyaan boleh digunakan untuk membuat rumah selepas urusan dokumentasi dan tukar nama geran selesai.
2) Cari Tanah
a) Anda boleh mula untuk mencari tanah yang bersesuaian dengan kelayakan anda. Macam saya, saya mencari tanah yang mempunyai jiran dan selamat. Cari tanah yang statusnya adalah freehold atau leasehold, geran individu. Jika ciri-ciri ini ada, permohonan pembiyaan akan menjadi lebih mudah.
b) Jika anda nak buat rumah, pastikan juga status tanah adalah bangunan dan bukan pertanian, supaya tidak bermasaalah pada masa akan datang.
c) Cari tanah bersesuian secara onlie di mudah, iproperty dan lain-lain, Bandingkan harga setiap tanah dan keluasan. Nak senang cari harga untuk sekaki tanah, jadi senang nak bandingkan.
3) Booking
a) Jika anda bersetuju membeli tanah, boleh booking melalui agent atau tuan tanah. Jika melalui agent, bayar melaui booking kepada syarikat agen bekerja dan tandatangan borang ‘letter to purchase’ di mana borang ini pembeli dan penjual perlu tanda tangan tanda persetujuan.
4) Hubungi Agen LPPSA
a) Untuk proses seterusnya, sila hubungi agen LPPSA berdekatan untuk pertanyaan lanjut. Biasanya agen ini akan menguruskan borang permohonan kitadan mereka juga akan memberi cadangan peguam.
5) Peguam
a) Untuk pembelian tanah melaui LPPSA, terdapat 2 jenis bayaran peguam yang diperlukan iaitu BIL LOAN dan BIL S&P. BIL LOAN boleh dimasukkan dalam pembiyaan LPPSA namun BIL S&P perlu menggunakan duit sendiri. Anda boleh mohon sebutharga bagi hartanah yang ingin dibeli melalui peguam yang dilantik. Jika mahu memasukkan sebutharga BIL LOAN di dalam pembiyaan LPPSA, anda perlu tahu nama syarikat peguam dan jumlah kos yang diperluakan untuk dimasukkan ke dalam sistem online LPPSA>
6) Permohonan Online
a) Anda meneruskan proses dengan megisi borang online di LPPSA. Pilih insuran yang sesuai dengan anda. Jika anda muslim, pilih pembiyaan ISLAMIK.
7) Dokument Sokongan
a) Berikut adalah dokument sokongan yang diperlukan:
Dokumen utk Loan LPPSA:
-surat iringan jbtn di link ini http://www.lppsa.gov.my/v2/borang-sokongan-permohonan-pinjaman/
-borang online
-slip gaji bulan terkini-disahkan ketua jabatan
-salinan ic-disahkan ketua jabatan
-draf SNP-dapatkan dari lawyer yg telah dilantik
-salinan hakmilik-dapatkan dari ejen/owner
-salinan tapak-dapatkan dari ejen/owner
Dokumen utk Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH):
-surat iringan jbtn (link yang sama dengan di atas, cuma perlu tukar alamat JPPH cawangan msg2, boleh semak di sini berdasarkan maklumat di dalam geran https://jpph-backend.jpph.gov.my/rpa/carian_penilaian?lang=ms dan juga buang ayat insuran)
-borang 1 JPPH di link http://www.lppsa.gov.my/v2/borang-sokongan-permohonan-pinjaman/
-salinan ic-disahkan ketua jabatan
-draf SNP-dapatkan dari lawyer yg telah dilantik
-salinan hakmilik-dapatkan dari ejen/owner
-salinan tapak-dapatkan dari ejen/owner
8) Isi borang permohonan online di http://www.lppsa.gov.my/v2/
9) Submit borang secara online
10) Print borang yang telah di isi secara online
11) Setelah semua borang lengkap boleh hantar keLPPSA melalui ejen-ejen yg telah dilantik oleh LPPSA or secara terus ke pejabat LPPSA.

Contoh borang online yang telah di hantar ke LPPSA. LPPSA sedang proses borang ini. JPPH amik masa 8 hari untuk semak tanah ini. Selepas JPPH hantar laporan ke LPPSA, selepas itu LPPSA akan keluarkan surat tawaran pembiyaan.
Harap dapat membantu
Salam..kalau nak buat rumah sendiri di atas tanah rizab orang asli boleh tak buat loan lppsa ni?
Asalamualaikum..de tk ejen lppsa yg sy bole tnya lebih lanjut..nk bli tanah saja dlu..tq
Boleh saya tahu cara penbayaran deposit or booking
Boleh transfer online k
Boleh tranfer online
Aslkm,mohon bantuan boleh jelaskan bagaimana nk beli tanah lot individu yg blm pecah geran guna loan lppsa
Wslm..boleh je beli kalau nk beli sebelum pecah geran..klu nk tgu pecah geran pun boleh juga..tp tanah kene geran individu
Assalamualaikum. Tumpang tanya.
Boleh x saya nak beli tanah status pertanian rezab Melayu, geran ada dua nama. Saya nak beli 1 bahagian sahaja (1.5 ekar). Tujuan untuk pertanian bukan bina rumah.
Sekian terima kasih.
Wslm..sefaham saya kene geran individu
Salam..boleh saya tahu berapa lama tempoh untuk selesai bermula dari permohonan di Lppsa hingga proses tukar nama..terima kasih.
Wslm..3 bln lbh kurang
Assalam..nak tanya berapa tahun maksimum tempoh pembayaran boleh dibuat?
Wslm.saya tak pasti tuan. mcm saya dpt 30 thn. bergantung pada umur sekarang dan bila pencen. kene double confirm dgn lppsa
Sy nk tanya..mcm mna sy nk beli tanah
Assalam tuan..blh sy tahu,mcm mna sy nk mohon lppsa utk beli tanah
Wslm. Boleh kol dlu lppsa tanya..
salam tuan,, apabila kita beli tanah menggunakan lppsa loan, dan bina rumah juga menggunakan lpssa loan, adakah pinjaman pertama membeli rumah akan digabungkan dengan pinjaman rumah?. matau akan jadi double bayran, kalau tanah 300 dan rumah 700, adakah digabungkan jadi 1000 ataupun dikira skali bayar? mohon pencerahan dari tuan.
Sefaham saya dia akan gabung. macam kita pinjam 1 loan sahaja. boleh double confirm dgn lppsa
Salam tn.
blh ke kalo beli tanah pertanian tp xnak buat rumah..
contoh beli kebun sawit atau getah
Wslm. Sefaham saya boleh tuan. asalkan nama geran individu samada freehold@leasehold. Kene double confirm dgn lppsa
Berapa kos yg kita guna duit sendiri sblm jual beli tanah? Contoh bil SnP?
Ya, S&P perlu bayar sendiri. dlm 3-5% harga tanah
assalam tuan… sy nk tanya, kalau nk beli tanah, perlu ada juru nilai untuk tanah tu x??? lebih kurang nk tgk harga market value….
Wslm..BOleh je nk cross check dgn juru nilai sebenar..