Cara-cara pemilihan tanah untuk membina rumah

Assalamualaikum dan salam sehjahtera. Hari ni nak kongsi cara pilih tanah untuk buat rumah. Bolehlah dijadikan rujukan. tapi stil kene baca juga dari otai-otai hartanah yang lain yang lagi pakar. Antara tipsnya adalah:

  1. Tetapkan bajet korang berapa. Nak guna bank loan, LPPSA or cash. 
  2. Dah ada bajet pastu boleh tetapkan ciri-ciri tanah yang ingin dimiliki.
  3. Macam saya, ciri-ciri tanah yang saya cari dari segi keselamatan. Maksudnya ada jiran-jiran di sebelah, depan belakang. So dari segi keselamatan boleh dikatakan terjamin. Biasaya lot tanah yang ada jiran akan mahal sedikit berbanding dengan lot tanah yang tiada kejiranan (biasanya baru buka lot). Lagi cantik kalau dah ada pengawal keselamatan. tapi memang mahal lot yang macam ni. 
  4. Tengok komuniti di situ. Majoriti melayu ke, cina ke, india ke. Saya prefer majoriti islam sebab kurang anjing contohnya.
  5. Tengok fasiliti yang ada disekitar seperti sekolah, pusat membeli belah, hospital, klinik, kedai-kedai dan lain-lain yang korang rasa penting
  6. Semak jika kawasan tersebut berpotensi untuk bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain. 
  7. Pastikan tanah tersebut nama individu, senang untuk berurusan
  8. Pergi tengok sendiri tanah yang diminati berserta salinan geran yang ada nama lot dan nama owner untuk elakkan ditipu. 

Macam saya, di kawasan bangi ni tanah agak mahal, Namun bila banding dengan rumah baru intermediate dalam julat RM500k ke RM750k.

Harga macam ni juga sama jika korang beli tanah dan buat rumah. Dapat sedikit halaman untuk anak-anak bermain. So kami buat keputusan untuk cari tanah.

Harga tanah di bangi pada masa yg aku tulis ni dalam RM60-RM70 sekaki. So kalaulah katakan tanah itu sebesar 5000sqft, harga tanah boleh mencecah RM300k-RM400k. 

Area di bangi ni kalau nak cari ada banyak di sungai merab, kg dato abu bakar baginda, sg tangkas, jenderam, sg buah dan banyak lagi. 

Semakin jauh dari bangi, semakin murah harga tanah tu.

Banayak tanah nak di jual di bangi namun kebnyakannya tanah baru yang tiada jiran. memang murah sedikit tapi tak seusuai jika nk terus buat rumah, Kalau beli tanah untuk simpan boleh. 

So dah survey dalam 1-2 bulan ada dua tempat yang bermain di fikiran iaitu desa sentosa bangi, kg dato abu bakar baginda dan bangi villa (Bangi lama) 

 

Desa Sentosa, Teras Jernang bangi

-Leasehold (80 tahun lagi)

-6000 sqft RM420k

-RM70 sekaki

-kawasan melayu

-gated

-ada masjid besar baru nak buat

-owner melayu

Bangi Villa, Bangi Lama

-Freehold

-Majoriti melayu

-dekat dengan surau

-9200 sqft RM420k

-RM46 sekaki

-Closed tp takde pengawal. Namun saya rasa tak lama lagi komuniti di situ akan hire pengawal

-owner cina

Kg. Dato Abu Bakar Baginda

-Freehold

-Majoriti melayu

-Ramai juga warga asing

-5000 sqft RM420k

-RM80 sekaki

Utk kg dato abu bakar baginda saya reject sebab terlampau mahal, RM80 sekaki.

Untuk Bangi villa, ada orang dah booking, tanah memang murah tp masa tu xde rezeki agaknya.

Lepas tu nak book yang Desa Sentosa, minta kurang jadi RM375k namun owner lambat repon.

Kebetulan ejen bangi villa call kate tanah tu orang yg nak beli tu loan tak lepas, trus saya amik yang bangi villa.

So terus process tanda tangan agree to purchase and apply loan LPPSA. Untuk applu loan LPPSA pembelian tanah, boleh klik link ini http://nazrenradzuan.com/?p=1921 

Alhamdulillah…

Share Button