Terjemah sijil nikah ke bahasa inggeris

Assalamualaikum

Hari ini nak kongsi tentang bagaimana nak terjemah sijil nikah. Biasanya ianya digunakan untuk memohon visa untuk ke luar negara. Jadi bagaimana caranya?

a) Pergi ke pejabat agama islam di negeri anda bernikah. Atau jika jauh dari tempat yang anda tinggal sekarang, boleh cuba dulu pergi ke pejabat agama negeri berdekatan.
b) Saya pergi ke pejabat agama Negeri Sembilan. Ianya berdekatan dengan masjid negeri.
c) Pergi ke Jabatan Undang-Undang Keluarga Islam, minta dengan staf di situ untuk lakukan proses terjemahan.
d) Datang waktu pagi sebab ianya mengambil masa setengah hari untuk proses tersebut.
e) Petang boleh ambil sijil dan tiada  bayaran dikenakan.
Harap dapat membantu!
Share Button