Geran Kereta ORIGINAL: Bila perlu ambil?

Assalamualaikum.
Saya ada dapat maklumat baru dimana kita boleh mendapatkan geran kereta kita yang “original” dari bank selepas setahun kita buat pinjaman. Ini hanyalah untuk peminjam dari Ambank. Bank lain saya tidak pasti, jadi kene hubungi pihak bank anda. Yang penting, geran kereta yang original ada dengan anda, jadi mudah jika berlaku apa-apa urusan.
Cara-caranya:
1)   Pergi ke Ambank berdekatan
2)   Isi borang mengambil geran
3)   Sediakan RM10 untuk proses penghantaran
4)   Dalam masa 1-2 minggu geran akan sampai ke bank tadi.
5)   Pegawai bank akan telefon memberitahu bahawa geran kereta anda boleh diambil
Selamat mencuba!!
Share Button