Rasullullah pentadbir ikutan: Oleh Al Habib Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Assalamualaikum. Dikongsikan isi penting ceramah di bawah. Semoga kita mendapat keberkatan dan kefahaman. AMIN

image

1) Hari yang paling baik adalah bertambah ilmunya pada hari tersebut dan orang itu adalah untung dan berjaya

2) Memahami ayat Al Quran bukan sekadar memahami makna, tetapi memahami peletakan ayat tersebut.

3) Semua makhluk Allah di langit dan bumi tast pada perintah Allah

4) Manusia tidak akan dapat mentadbir dengan baik jika tidak merujuk kepada sistem yang Allah

5) Nabi Muhammad saw telah disyariatkan sebagai Nabi sejak Nabi Adam belum sempurna lagi.

6) Konsep dalam mentadbir adalah ADIL dan EHSAN

7) ADIL adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya

8) EHSAN adalah memberi hak kepada orang lain dan tidak menuntut hak untuk dirinya

9) Rasullullah sentiasa meletakkan EHSAN sebagai keutamaan daripada ADIL jika hal tersebut berkaitan dirinya

10) Kezaliman sesama manusia tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan orang yang dizalimi memaafkan orang tersebut.

11) Cara menangani dugaan adalah sabar dan berdoa kepada Allah

12) Dugaan boleh ditukar kepada nikmat jika dugaan tersebut tidakmelibatkan akidah dan dugaan tersebut tidak sebesar dugaan yang melanda orang lain.

13) Jika kita ditawarkan jawatan dan amanah dengan niat bukan untuk mempunyai kuasa dan harta, Insya Allah, Allah akan membantu melaksanakan tugas tersebut.

14) Perkara-perkara yang melampaui batas hendaklah ditentukan oleh orang yang menentukan hukum. Orang yang menentukan hukum adalah ahlinya, bukan oleh kita sendiri.

15) Orang yang mendoakan orang lain tanpa diketahui oleh orang yang kita doakan adalah mustajab dan malaikat akan mendoakan kesejahteraan bagi orang yang mendoakan orang lain.

16) Buatlah sunnah nabi dengan niat untuk memperbaiki diri sendiri kerana Allah jangan menunggu diri sempurna baru nak buat sunnah.

image

Share Button