Stem Cell, Kehendak atau Keperluan?

Assalamualaikum

Saya dan isteri tersayang akan menimang cahaya mata yang sulung pada pertengahan bulan 12 2013 insya Allah. Kami akan memasuki ke alam yang baru bersama anak. Sebagai ibu bapa, kami berusaha bersungguh untuk menyediakan yang terbaik untuk anak. Banyak persediaan yang perlu dilakukan antaranya:

a) Baju dan seluar
b) Stroller
c) Bedak, wangian, barang mandi dll

Kami juga ingin membeli perkhidmatan menyimpan ‘Stemcell’ yang kami rasakan ianya amat penting untuk kesihatan anak-anak pada masa hadapan. Jadi, apa itu ‘Stemcell’? Mengikut kefahaman saya, ianya adalah sel yang paling asas di dalam badan sebelum dikhususkan kepada sel-sel tertentu. Faham? Contohnya stemcell boleh bertukar menjadi sel darah merah. Kebiasaannya, stemcell ada di dalam sum-sum tulang belakang kita untuk orang dewasa. Untuk bayi, stemcell ini akan diambil di dalam tali pusat bayi sejurus sahaja bayi keluar dari perut ibu.

STEMCELL

Jadi apakah kelebihan menyimpan stemcell ini? Stemcell ini mempunyai peratusan kesesuaian yang tinggi iaitu 100% dengan anak yang diambil stemcell itu tadi, 50% dengan ibubapa dan 20% untuk adik-beradik. Selalunya, setiap kelurga hanya menyimpan stemcell hanya dari seorang anak sahaja.

Ada lebih kurang 80 jenis penyakit yang boleh diubati dengan menggunakan stemcell antaranya:

a) Kanser payudara
b) Diabetis
c) dan lain-lain:sila klik disini

Di Malaysia buat masa ini ada 3 syarikat swasta yang menguruskan penyimpanan stemcell ini iaitu Cyrocord, CellLife, dan CellSafe. Saya membeli perkhidmatan dengan Cyrocord. Kenapa? Disini saya akan bagi tips:

Cara-cara nak pilih company penyimpanan stemcell:

1) Pergi ke mana-mana expo baby yang diadakan dan biasanya syarikat ini akan ada untuk promosi servis mereka
2) Survey syarikat ini setiap satu untuk mengetahui harga dan pakej yang ditawarkan. Pemerhatian saya mendapati harga pakej adalah lebih kurang sama namun hadiah percuma yang berlainan. Yang menariknya, hadiah percuma seperti stroller, car baby seater, termometer baby dan macam-macam lagi.
3) Pilih syarikat dan pakej yang sesuai dengan bajet anda. Disebabkan harga pakej lebih kurang sama, jadi saya dan isteri memilih hadiah percuma yang paling menarik.
4) Bawa kad kredit untuk pebayaran Jika tiada, bawa duit cash (tidak disarankan untuk keselamatan) beserta kad debit atau kad atm.

Saya dan isteri memilih Cyrocord untuk penyimpanan stemcell ini kerana hadiah percumanya adalah MAXI-COSI CABRIOFIX BROWN yang berharga Rm899 hehe.

Kesimpulannya, stemcell adalah penting untuk kesihatan anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Walaupun kebarangkalian penyakit-penyakit ini rendah untuk dihidapi oleh anak-anak kita, namun kita hendaklah sentiasa berwaspada dan bersedia. Allah adalah penentu segalanya. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal.

Rujukan

Share Button