Cara-cara menukar hak milik kereta: Pembiayaian Semula

Assalamualaikum. Hari ini nak share proses menjual/menukar hak milik kereta anda kepada pembeli. Proses ini adalah untuk membuat pembiaian semula oleh pembeli.

Bagaimana proses penukaran hak milik:

1) Bank akan menjual kereta anda mengikut harga market value. Market value akan ditentukan oleh pihak bank.

2) Pembeli akan membuat pembiyaian/pinjaman 90% dari harga market value.

3) Pihak pembeli perlu menyediakan 10% duit dari market value kereta + duit kos JPJ + duit insurans

Kelebihan cara ini adalah:

1) Pembeli boleh refinancing semula. Ini bermaksud pembeli boleh buat pembiyaian ikut kemampuan samada hendak melangsaikan hutang selama 3, 4, 5, 6, 7 8 dan 9 tahun. Terpulanng pada kemampuan anda.

2) Nama penjual kereta akan bersih dari loan dan geran kereta. Ini bermakna anda tidak lagi bertanggungjawab terhadap kereta dan loan jika proses ini berjaya.

3) Cara ini lebih selamat untuk punjual kereta dan pembeli dari sebarang risiko seperti kecurian kereta, kemalangan atau saman.

4) Penjual akan mendapat keuntungan melaui jualan. Keuntungan yang akan diperolehi adalah dari 10% duit muka dari pembeli akan diberi pada penjual dan pembeli juga akan memdapatkan keuntungan dari perbezaan antara nilai loan yang dipinjam dengan hutang kereta yang tinggal. Contohnya, jika loan yang dipinjam adalah RM30k, hutang kereta yang tinggal adalah RM25k, anda akan mendapat RM30k – RM25k = RM5k

Caranya adalah:

1) Pergi ke bank yang membiayai pinjaman kereta anda. Untuk situasi saya adalah Ambank

2) Jumpa Personal Banker. Bawak sekali pembeli yang hendak membeli kereta anda

3) Sebagai penjual anda perlu menyediakan JPJ SEARCH. JPJ SEARCH adalah maklumat kereta anda seperti saman, blaklist, imsurance, maklumat kereta dan lain-lain. Dokumen ini boleh didapati di cawangan JPJ berhampiran dan bernilai RM 20.

3) Sebagai pembeli, anda perlu menyediakan salinan IC, 3 bulan slip gaji, 3 bulan bank statement. Jika anda bekerja sendiri atau swasta, anda hendaklah menyediakan EPF statement.

4) Isi borang yang dikehendaki oleh pihak bank dan tunggu kelulusan pembiayaian paling lambat 2 minggu.

5) Selepas pembiyaian lulus, penjual hendaklah pergi ke PUSPAKOM untuk memeriksa kenderaan anda dan isi borang untuk tukar milik kereta di PUSPAKOM. Pembeli pula hendaklah menandatangi perjanjian pembiayaian kenderaan dan berikan duit 10% + duit JPJ + Duit insurance kepada pihak bank.

Contoh situasi kereta saya dan cara-cara menarik pembeli membeli kereta anda

image

1) Kereta di atas adalah kereta Myvi 1.0 manual tahun 2010 yang hendak dijual.

2) Iklankan kereta anda di facebook atau mudah

3) Jika dah ada pembeli, tawarkan diskaun yang boleh menguatkan lagi hati bakal pembeli untuk membeli kereta anda

4) Antara tawaran yang saya beri kepada pembeli adalah saya akan kembalikan 10% kepada pembeli, services kereta anda dan tukarkan komponen kereta yang anda rasa patut ditukar untuk memuaskan hati pembeli.

Pastikan pinjaman anda adalah islamik untuk mengelakkan RIBA.
Selamat dan semoga berjaya:)

Share Button