Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi tentang cara-cara untuk mohon visa ke UK untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran di sana. Insya Allah saya akan menyambung pelajaran ke The University of Manchester, UK pada bulan April 2014. Saya akan membawa bersama isreri dan anak. Jadi saya nak kongsi kepada pembaca sekalian cara-cara memohon visa ke UK.

Pelajar Yang Menyambung Pelajaran ke UK

1) Sila layari laman web ini untuk memohon visa ke UK dan daftar. Klik sini

Screenshot 2014-03-05 09.43.07

2) Pilih “Apply For Myself”

3) Untuk anda yang mendapat biasiswa, sila pilih TIER 4 (General) (Sponsored) Student

4) Sila isi butiran yang berkaitan.

Jika membawa suami/isteri/anak

1) Log in ke laman web visa dan pilih “Apply For Someone Else”

2) Jika suami/isteri silih pilih TIER 4 (General) Dependent Partner dan untuk anak adalah TIER 4 (General) Dependent Child

3) Sila isi butiran yang berkaitan.

Selepas tu?

1) Selepas selesai mengisi borang online, sila buat pembayaran dengan menggunakan kad kredit. Kosnya adalah USD 507.00 seorang. Print borang yang telah selesai buat pembayaran.

2) Kemudian buat pemeriksaan perubatan untuk Tuberculosis Testing (TB). Kami sekeluarga pergi ke Hospital Gleaneagles Jalan Ampang KL. Di hospital tersebut, untuk dewasa kosnya RM206 dan kanak-kanak bawah 5 tahun RM 152. Bezanya dewasa akan ada X-RAY dan kanak-kanak tiada. Klik sini untuk senarai hospital terlibat untuk buat pemeriksaan TB

2) Kemudian, buat temujanji untuk menghantar dokument keΒ http://www.vfs-uk-my.com/. Pilih “Book an Appointment”.

Dokument yang diperlukan

1) 1 keping gambar mengikut spesifikasi visa UK. Insya Allah kedai gambar di Malaysia tahu akan spesifikasi ini.

2) Passport terkini dan lama anda, ahli keluarga yang pergi bersama.

3) Comfirmation of Acceptence for Studies (CAS). CAS ini diberi oleh universiti. Untuk mendapatkan CAS, anda perlu ada Unconditional Offer Letter dari Universiti dan Academic Technology Approval Scheme (ATAS). Klik sini untuk mohon ATASΒ 

4) Sijil original IELTS dan 1 salinan

5) Surat Financial Affidavit dari penaja anda

6) Jika sudah berkahwin, sertakan sijil nikah original dan translation ke english serta 1 salinan. Klik sini untk mengetahui cara untuk translate sijil nikah.

7) Surat beranak anak dan 1 salinan

8) Report TB test

9) Transkrip akademik dan salinan.

 

Harap dapat membantu anda! :))

 

Share Button

81 thoughts on “Permohonan VISA untuk sambung belajar di UK”

  1. how to apply visa for spouse
    just married
    husbsnd belajar di uk
    nak bawak isteri ke sana how to aply
    please adv me
    tk

    1. Assalamualaikum

      Saya rasa prosedur sama. applu online. kene translate sijil nikah dan kene ada duit dalam akaun untuk certain amount. Rasanya dah ada rule baru. boleh check di laman web visa

  2. soalan
    anak saya lahir di uk but warganegara malaysa
    now study di uk masih ada 2 tahun lagi to complete
    baru kahwin
    nak bawa isteri ke sana
    m mana prosedurnyer to apply visa for spouse

  3. Salam encik nazren, sy student tajaan kpm dan akan smbung di uk. Sy baru buat visa di wisma mca tapi sy xbagi offer letter uni sbb trtggal and diorg xmintak pulak.. so xpe ke kalau sy xbagi offer letter drpd uni ?

  4. Salam encik nazren, sy student tajaan kpm ke uk. Sy baru buat visa di wisma mca tapi sy xbagi skali offer letter uni sbb tertggal and diorg xmintak pun. Diorg cuma mintak cas letter.. so xpe ke kalau xbagi offer letter ?

  5. Salam encik nazren, sy student tajaan kpm n akan smbung di uk. Sy baru pegi buat visa di wisma mca tapi sy xbagi offer letter dekat diorang sbb tertggal n diorg xmintak pulak. Xpe ke kalau xbagi offer letter drpd uni ?

  6. salam,

    sy cadang nak apply visa untuk 3 tahun je. Tapi CAS state my duration of study ialah 4 tahun. Possible ke kalau kite apply visa untuk 3 tahun shj, different dari ape y dinyatakn dlm CAS statement?

  7. Assalamualaikum..bila nak apply visa, ada diminta date of intended travel, jika saya masukan tarikh contohnya 21/9/2015 tp travel tarikh lagi awal daripada tu boleh ke?

  8. Hi.
    Saya nak tanya. saya self-funded. untuk apply visa, selain menyediakan document berkaitan, saya perlu sertakan financial statement dan surat rasmi keizinan saya dibawah tanggungan bapa sepanjang pengajian.
    Adakah perlu juga saya sertakan surat beranak bagi membuktikan pertalian anak dan bapa?

  9. salam. hi !
    saya nak bertanya. saya dah dapat ofer and semua dah settle. tinggal sponsorship and visa TB semua tu lah.

    1) yang merungsingkan saya adalah MARA. adakah betul MARA dah tak support for lepasan Diploma untuk Degree di luar negara?

    2) Jika self sponsor, adakah jalan nak uruskan semua urusan ni lain?

  10. Salam nk tanye.sory sbb soklan ni tekelua skit dr tajuk entri ni.huhu.em.sy dpt conditional offer letter n klau nk tukar just kne post dokumen2 balik yg dh certified true copy.n ini brmakne sy kne post ke sane through gdex ke?

  11. Salam nak tnya, dalam online application for Visa tu ada part dia tanya intended date of travel. Kalau belum beli tiket and tak sure exact date boleh ke bagi date lebih kurang e.g. range dua minggu ke mcm tu? Thanks.

  12. Salam. Saya dlm proses untuk memohon visa ke UK dan merancang untuk ke sana pada Oktober ini. Boleh saya dapatkan maklumat berkaitan panduan mengisi borang secara online memandangkan ada beberapa bahagian dlm borang berkenaan yang agak mengelirukan. Berikutnya, berapa lamakah tempoh sah keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah kita jalankan? Terima kasih.

  13. Assalamualaikum
    Saya akan ke University of Derby untuk sambung degree. Saya tidak mendapat mana mana tajaan dan pinjaman. Saya nak tanya berapa minimum amount yang saya kena ada untuk financial statement? Jika saya tak capai apa yang di perlukan adakah saya susah nak apply visa? Terima kasih

  14. Assalammualaikum en. nazreen..

    Insyallah sye akan ke manchester bln 9 nie utk smbng master. skrg nie dlm process nak apply visa. sye nak mohon pendapat en.nazreen berkenaan accommodation di sana..lg elok tggal di hostel or cari rmh sewa?

  15. sy nk tny, kalau yg sijil nikah, mmg nk ori ke ? kalau guna slip nikah je boleh ke. . sbb bru kawen, sijil xdpt lg

  16. hi, saya nak tny pendapat mengenai saya punya cara nak apply visa. ok buat masa sekarang saya dah dpt offer letter. tp saya xapply lg ASTS and CAS no. lepastu saya jugak xdpt mana-mana confirmation utk sponsor pengajian yg akan start pada 21 september nih. then ada sugestion apa saya perlu buat sekarang?tq.

    1. Pada pendapat saya, Jika najwa bergantung pada biasiswa, saya cadangkan tangguh dulu pengajian. jika ingin meneruskan pelajaran menggunakan duit sendiri, boleh proceed mohon ATAS dan CAS, medical checkup dan visa. Harap boleh membantu πŸ™‚

  17. Nak tanya..sy dpt offer dr uni of birm.sy just kne dptkn pengesahn dokumen je ntuk dptkn unconditional letter.x kene tnjukkn pn result IELTS.pastu klau nk buat visa ni,kne jgak ke bg result IELTS evn uni x mntak?

  18. Hi,

    Nak tanya pengalaman saudara masa thu result uk visa.Saya dah almost 10days. Still no news. Nak tracking and nak call pun susah. Diorg tak provide apa apa link and contact no untuk tracking visa. Just takot kalau passport tak sampai. Bahaya jugak.

    Terima kasih.
    Leya

    1. Hi,

      Saya hampir dua minggu baru dapat. Diorang akan email bila dah siap. kalau time peak application, memang akan lambat sikit. saya hari tu buat visa bukan pada masa peak, jadi cepat siap.

  19. Hi,

    Saya dah dapat CAS number. Now nak proceed TB test. Tp tak faham kenapa clinic mantic address kat UK. Then nak tanya mengenai IHS and Biometric. IHS automatic apply during visa application or kita apply sendiri kat website? Then kat siapa kita perlu inform IHS tu. Biometric Card pulak kena collect di Malaysia or di UK.

    1. Hi

      1) ni link utk tb test di malaysia https://www.gov.uk/government/publications/tuberculosis-test-for-a-uk-visa-clinics-in-malaysia/tuberculosis-testing-in-malaysia
      2) IHS ni baru je apply pada april 2015. jadi saya tak pasti macam mana prosedurnya. ni link utk IHS https://www.gov.uk/healthcare-immigration-application/how-much-pay. kalau ikut kefahaman saya kene bayar dulu baru apply visa.
      3) Biometric card tiada collection. saya tak collect dimana2 pun. Cuma akan ada biometric information collection semasa apply visa di vfs http://www.vfsglobal.co.uk/malaysia/how_to_apply.html

      harap boleh membantu πŸ™‚

  20. Hi

    Saya nak tanya mengenai visa application procedure di wisma MCA. Diorg tanya banyak tak mengenai financial evidence memandangkan saya pegi as self sponsored.

    1. Diorang akan minta bnyak dokument terutama yang berkaitan dengan bank (akaun, jumlah simpanan dll). Kene sediakan semua dokument yang diminta

  21. Salam saya ada beberapa soalan.

    1. Kalau saya dh dpt unconditional offer letter without IELTS, adakah saya perlu ambik ielts utk visa?

    2. Kalau saya xde penaja ( self-sponsor) kena apply tier 4 jgk ke mcm mana?

    3. Boleh ke book appointment tp takde TB test lagi?

    4. Saudara ade contact sesapa tak di Manchester utk bantu student yg baru sampai september nanti? ie rumah sewa etc

    1. Wslm

      1) IELTS bukan untuk visa, tetapi untuk university. Jadi memang perlu ambil IELTS untuk dapat offer letter
      2) Saya tak pasti. tapi saya rasa tier 4 juga cuma bezanya awak self sponsor. so kene ade kewangan/akaun yg kukuh sebelum sapat visa
      3) Seigt saya TB test perlu sebelum dapatkan visa
      4) Awak sambung Phd or master?

      1. Terima kasih utk jawapan . Saya sambung utk master. Jadi kalau saya dh dpt offer letter, xperlu sit for ielts la kan? Sebab saya ada baca perlukan sijil ielts utk apply visa..

    2. TB test tu hanya 2 tempat klinik swasta tu sahaja ke?
      Tak boleh ke buat Di klinik atau hospital kerajaan?

  22. Assalammualaikum saudara,
    Saya nak tanya, selepas membuat temujanji, perlu berjumpa dengan siapa dan di mana yea??
    Tq

      1. Okay..Terima kasih..Lagi satu saya nak tanya, membuat visa secara sendiri atau secara agen, yang maner satu lebih baik yea??Jika melalui agen, harap dapat share no. contact agen itu yea..Terima kasih admin..

  23. Salam. Sy harap x terlewat nk tnye soalnya. Just 1question.byrn untuk bisa satu family en. I dibyr sendiri atau kpt yg byrkn

  24. salam.

    TB test tu wajib ye? if dah buat medical checkup (xray n ujian darah bagai) still kena buat TB Test? Thanks.

    1. Farah, sy xpasti dgn tu. Maybe boleh. Masa isi visa xperlu masukkan maklumat passport lama

  25. Salam.

    Hi saya nak tanya. Saya agak confuse. Ada yang kata kita just perlu buat TB test and tak payah buat medical check up yang lain. Ada yang kata kena buat untuk imigration nnt. Mcm mana eh? Saya tak faham.

    Btw thank you!

  26. Hye, thanks for this very helpful post.
    I’m wondering can we submit the online application before do that TB test?
    Ouh skrg ni tgh rmi apply visa uk sbb baru dpt result alevel and all, so if saya submit the online form and all, rasanya dpt book appointment pun around prtngahan sept, agak2 sempat siap tak visa before end of september? Uni saya masuk early oct tapi usually fly few days before, should i then use that priority service? btw i’m from kelantan so yeah susah gak nk ulang alik selalu ke selangor ni.
    thanks again!

    1. Assalamualaikum

      Tahniah hanis dpt sambung ke UK. Sambung bidang ape dan di mana?
      Utk online application boleh hantar dulu. Kemudian buat TB test. Pastikan masa buat temujanji dengan VFS tu ada semua dokument termasuk TB test result.

      Disebabkan bulan 9 peak student utk sambung blaja di UK,sy cadangkan buat priority service supaya cepat siap visa dan boleh mulakan pengajian pada waktu yg sepatutnya

  27. Salam nazreen..

    Tq ye..very informative n thanks for sharing..sy akan ke uni manchester middle of sept ni..insyaAllah..dlm CAS statement sy tu category yg diberi oleh uni adlah tier 4 (general)..sy tajaan kpt..nk pilih tier 4 (General) sponsored ke perlu follow CAS tu..effect tak nnt kalo tersalah pilih..

    1. Wslm haza.

      CAS xeffect pada visa. Yg penting visa must be tier 4 (general) sponsored. Sebab pilihan visa ni memudahkan awak utk masuk UK dan hidup di UK πŸ™‚

      Bila smpai uk?
      Dah ada rumah di manchester?

  28. Hi,

    Nak tny. About visa, if saya ade sponsor dr KPM (SLAB/SLAI), kene amik yg Tier 4 General (Sponsored) student ke?

    Sbb keliru. Ade yg kate just general student je

    1. Kalau pasport terbakar kene tanya imegresen. Untuk permohonan visa kene ada pasport yang sah

  29. Assalamualaikum Nazren

    akak baru siap isi n byr apa semua. Nak tanye, skrg ni dah xyah bwk form yg kena isi manual tu erk..yg appendix 8 bagai tu..xde ckp pun kt website fco ni. Kita just print balik and bwk form yg isi online ni erk

    -fening2 lalat buat benda ni dr pg.huhu-

  30. salam adik,

    akak juga akan ke uk dlm ms tdekat in shaa Allah..tgh isi borg visa online utk anak2.

    nak tanye..utk bahagian maintenance tu..which area of the maintenance requirement are you applying under tu nak pilih yg mana erk..samada ‘parent or legal guardian funds’ or ‘tier 4 student who has official financial sponsorship’. next apa evidencenye nak tulis kat situ. ni utk form anak. lagi satu dia tanye hubungan dgn main applicant..nak tulis daughter ka child ka.. masa adik isi dulu adik tulis apa?

    Akak main applicant, dpt biasiswa jpa.

    thanks dik . reply ek.

    1. Wslm

      Akak di universiti mana?

      Seingat saya isi ‘Tier 4 student who has off…’. Evidence saya tak pasti pula. kene tulis or select je? Evidence utk anak nanti bawa surat beranak original yang telah ditranslate or dwibahasa tu.

      Saya tak ingat kene tulis kak. kalau kene tulis dua2 boleh kot.

      Maaf kak banyak tak ingt hehe

      Semoga akak dimudahkan

      Harap dapat membantu

    2. dik, akak akan ke Manchester

      nak tanye lg dik..lps kita submit form online tu..kan kena buat online declaration kan..utk anak2 kena declare by akak ke anak sendiri..

  31. Assalamualaikum.Saya nak tanya surat biasiswa dari Mara tu akan dihantar sendiri oleh Mara atau selepas kita hantar buku perjanjian dan dokumen apa macam tu dulu?
    Saya dengar ada diskaun untuk visa kalau kita tunjukkan offer letter.betul ke?

    1. Wslm.

      Maaf nora. saya tak pasti dengan MARA kerana saya mandapat biasiswa dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan UPM.

      Berkenaan visa tak salah saya tiada diskaun, cuma ada TIER2 tertentu. Utk student pastikan pilih TIER 4 dan harganya dalam RM1500

  32. Assalamualaikum,

    Akak, saya nk tanye, mse akak apply untuk visa, akan apply visa dulu atau buat tb test dlu?

    Terima Kasih.

  33. Slm..kalau sy bwk suami n anak..then suami self sponsor..mcm mane tu?btl ke sy kene ade simpanan sndiri utk tunjuk time buat visa?sy x ngerti …

    1. WSlm. Suami puan sambung belajar guna duit sendiri ke? Klu tak sambung tak perlu. hanya perlu surat financial affidavit atau surat yg mengatakan puan ditaja untuk sambung belajar

  34. Assalam bro,

    Are you familiar with financial statement requirements for UKBA?
    Submission ke UKBA, hanya Financial statement utk dependents memadai or kena provide confirmation letter dari bank juga?

    Thank you.

    1. Wslm

      Tak salah saya, jika visa permohonan untuk TIER 4 tak perlu financial statement dari kita sebab dah ada surat tawaran biasiswa dari MARA or KPM (SLAI) yang membawa maksud kita ni ditaja oleh kerajaan. Saya dulu tak provide financial statement.

  35. As salam en nazren,
    Sya akn follow my wife ke norwich sseptember nie..nk tny .. surat branak ank aje yg perlu ms nk pohon visa kn..surat branak bby yg dwi bahasa tu bole pkai x..

    1. Wslm en Ibrahim

      Untuk visa anak, perlu surat beranak dan medical check up perlu ada.

      Surat beranak anak yang dwibahasa boleh digunakan.

      terima kasih

  36. Harga visa mcm mana.mcm sy follow suami and anak umo 7 thn n bb 1 thn.. yg pasal insurance skali utk pelajar tu bley terangkan

    Tq

    1. Assalamualaikum

      Harga visa tak salah saya USD 500 atau RM1500 duit Malaysia sebulan. Untuk anak pun sama, tak kira umur.

      Insurance? maksudnya apa ye?

  37. Thank you for the tips dude. I cuma nak tanya, I’m going to the UK in this coming September for my study. So nak apply for my husband too lah, since he’s following me. So dia perlukan IELTS ke? Please reply okay. Thanks.

    1. Assalamualaikum.

      Jika suami tidak sambung belajar di UK, dia tak perlu apply IELTS. Hanya student yang nak belajar sahaja ambil IELTS. Hanya VISA perlu di mohon untuk suami dan ahli keluarga yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *