Pengembaraan Bermula: Manchester, England

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah lebih kurang sebulan sampai di Manchester, England. Perasaan bercampur-campur, sedih, gembira, takut pun ada. Menyambung pelajaran di sini dengan ilmu “start from zero” memang mencabar. Walau apapun, pelajaran hendaklah diteruskkan sehingga tercapai cita-cita. Niatkan ikhlas kerana Allah S.W.T. Ada beberapa hadis nabi ingin saya kongsikan bekenaan menuntut ilmu:

Riwayat:  Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.
Huraian Hadith:
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T. (Sumber: JAKIM)

 

Disini saya kongsikan beberapa keping gambar semasa di lapangan terbang KLIA dan di dalam kapal terbang.

Enjoy 🙂

2014-03-30 13.29.19

Umi dan Aysar 🙂

2014-03-30 13.21.29

Pemandangan sisi kapal terbang

2014-03-30 13.19.59

Ketika Mahu mendarat di Heathrow London

2014-03-30 12.41.02

Didalam MH002

IMG_4189

Pak Ngah dan Mak Ngah dari Pekan Pahang

IMG_4187

Faiz dan Cik Apai

IMG_4185

Ahli keluarga dan keluarga mertua

IMG_4182

Bersama Mina, Pak Lang dan Mak lang

IMG_4180

Bersama kesemua ahli keluarga yang menghantar kami

Share Button