Carboot Aku Mai: Bowlee Carboot Sales, Manchester

Assalamualaikum.

Bandar Manchester terkenal dengan carboot sales. Boleh dikatakan menjadi budaya warga UK di sini. Carboot sales menjual barang-barang terpakai yang anda kene pandai pilih. Pandai pilih dapatla barang yang berkualiti. Carboot sales kebiasaanya hari ahad dan bank holiday. Antara salah satu carboot sales di Bandar Manchester ini adalah Bowlee Carboot sales. Pada 18 May 2014 yang lepas kami pergi ke sini. Kalau nak naik bas, naik bas no. 18 di Shudehill, Manchester (Bus station). Kami sekeluarga pergi naik bas 🙂

Bowlee Carboot Sales (53.557602, -2.229531)

Bas 18 akan melaui Middleton dan masuk ke Langley. Disini anda akan dibawa melaui Windermere Road. Ada banyak bustop disini, untuk ke Bowlee Carboot sales, pastikan berhenti di bustop "Threlkeld Road" iaitu selepas Bowlee Community School di sebelah kanan. Kene alert skit la 🙂

Pemandangan di Bowlee Carboot sales. Besar!
Sekitar di Bowlee Carboot sales
Antara kereta yang terlibat dengan carboot sales

Membeli-belah

Seterusnya misi membeli-belah. Sebagai orang baru di Manchester, kami teruja dengan carboot sales ni. Macam-macam nak beli untuk mencukpi keperluan diri dan rumah. Isteri juga hendak mengumpul pinggan-pinggan yang berkualiti di sini. Antara barang yang dibeli :

Payung
Harga: 1 pound. Dekat sini selalu hujan dan berangin. Jadi paying yang besar dan kuat diperlukan 🙂

Pemegang Cawan (tak termasuk cawan ye)
Harga 0.50 pound

Langsir Bilik air
Harga 0.50 pound

Jaket
Harga: 0.50 pound

Pinggan (6 set)
Harga: 4 pound

Sweater
Harga: 0.50 pound

Saya nak cari kasut bola namun tak jumpa lagi yang bersuaian 🙂 Itulah antara pengalaman kami disini. Jadi, ENJOY 🙂