Dari Manchester Ke University of Ulster, Laboratory Visit-Day 1

 Sabtu, 31 Januari 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Ireland Utara dari Manchester. Perjalanan ini dengan tujuan melawat makmal di Universiti of Belfast-Coleraine Campus untuk mendalami teknik untuk memperkasakan pembelajaran PhD ini.

Supervisor yang menyelia saya di University of Manchester adalah Dr. James Winterburn, seorang pensyarah muda di School of Chemical Engineering and Analytical Sciences, hanya tua setahun dari saya, bercita-cita tinggi, sangat terbuka dan positif.

profile-pic-scaled

Klik gambar untuk maklumat lanjut

Dengan izin Allah dan bantuan dari beliau, saya telah mendapat tawaran biasiswa “Travel Grant” dari Society of Chemical Industry. Dr. James Winterburn telah mencadangkan kepada saya supaya mengambil Co-supervisor dari University of Ulster iaitu Prof. ibrahim Banat yang amat terkenal dalam bidang Biosurfactant.

banat-1-123f7

Prof. Ibrahim Banat

Perjalanan hari ini mula di Terminal 3 Manchester Airport, dengan menaiki pesawat Flybe dari Manchester ke Belfast. Setakat ini hanya Flybe sahaj yang menawarkan penerbangan dari Manchester ke Belfast. Perjalanan mengambil masa selama sejam. kami bertolak pada jam 1145 pg -1245 tgh hari.

2015-01-31 11.38.08

Umi dan Aysar, sebelum berlepas

Kami mendarat di George Best Belfast City Airport.

2015-01-31 13.02.01

 

Apabila tiba di George Best Belfast City Airport, kami bercadang untuk menaiki train untuk ke Belfast City. Dari Airport ini disediakan van/bus percuma dari lapangan terbang ke Sydenham Train Station. Ada juga bas untuk ke Belfast City. Boleh rujuk ke laman web ini untuk merancang perjalanan anda. Disarankan jika anda ada beg yang berat, barang yang banyak, dan anak yang ramai lebih selesa naik bus kerana jika nak naik keretapi perlu melalui JEJANTAS untuk ke Sydenham Train Station. Jika menaiki keretapi, pastikan anda berada di lorong yang betul. Tiket perlu dibeli di dalam keretapi. Pastikan anda tahu stesen yang hendak dituju.

2015-01-31 13.11.22

Bus free ke Sydenham Train Station

 

 

2015-01-31 13.27.03

 

Kami turun di George Victoria Street Station kerana ianya berdekatan dengan Park Inn Radisson Hotel yang akan kami bermalam di Belfast.

IMG_5922

 

Check In pada jam 3 petang. Selepas berehat dan sembahyang jamak qasar, kami berjalan di sekitar bandar Belfast. Perjalanan tidakalah jauh, hanya 15 minit berjalan kaki ke Big Fish (antara tempat paling jauh yang kami berjalan pada hari ini). Bandar Belfast bersih dan agak tenang. Tandas juga mudah didapati di dalam bandar.Antaranya tempat yang kami lawati adalah:

 

Sungai berhampiran Belfast City

Sungai berhampiran Belfast City

Big Fish

Big Fish

IMG_5884

Menara Jam

Victoria Shopping Centre

Victoria Shopping Centre

Victoria Dome. Boleh lihat Bandar Belfast dari atas

Victoria Dome. Boleh lihat Bandar Belfast dari atas

Victoria Dome dari pandangan bawah

Victoria Dome dari pandangan bawah

Belfast City Hall

Belfast City Hall

Setelah penat berjalan, kami singgah di kedai makan halal berdekatan dengan hotel kami. Jika nak tahu mana lagi restoren halal, boleh layari laman web ini

Boleh tahan Sedap! Kedai Chick’n Lick’n

Nantikan post Day 2! 🙂

 

Share Button