DDari Manchester Ke University of Ulster, Laboratory Visit-Day 4

Selasa 3 February 2015

Assalamualaikum

Hari ini bermula pembelajaran pertama. Pada sebelah pagi saya membuat penulisan laporan tahun pertama saya yang akan dihantar pada hujung bulan februari ini. Sementara itu saya menungu ‘post-doctoral’ iatitu Konstantina dari Greece untuk merancang perjalan kerja saya selama dua minggu ini. Pada sebelah petang, saya berkenalan dengan seorang rakyat Palestin, Muhammad yang sambung belajar PhD di sini, beliau ┬ámengajar bagaimana ‘rhamnoipid’ boleh digunakan dalam bidang farmasi seperti anti-microbial dan anti-canser. Wow! Macam pertama kali dengar aplikasi ini. Tak sangka pula produk ini boleh digunakan dalam bidang farmasi. Dan apa yang saya boleh belajar dari beliau adalah setiap kali hendak memulakan perbuatan akan dimulakan dengan “Bismillah”, sentiasa senyum,baik hati, sentiasa memberi nsihat dan menjaga solatnya. Muhammad juga memberikan rujukan tesis pelajar terdahulu untuk saya baca. Tebal!

Kawasana tempat saya bekerja

Kawasana tempat saya bekerja

Muhammad sedang menjalankan penyelidikan beliau

Muhammad sedang menjalankan penyelidikan beliau

Pada hari ini, apa yang saya dapat belajar adalah:

1) Setiap bidang mempunyai kelebihan sendiri,jangan merasa rendah diri dan yakin bahawa penyelidakan anda dapat menambah sesuatu yang baru dalam limpahan ilmu insya Allah.

2) Perlu banyak lagi membaca jurnal yang berkaitan dengan bidang anda supaya anda tahu perkembangan terkini dalam bidang tersebut.

3) Perlu ramah dan membina hubungan antara rakan-rakan baru untuk melebarkan lagi sayap anda pada masa akan datang.

Terima kasih ­čÖé

Share Button