Rabu 4 February 2015

Assalamualaikum

Pagi ini seperti hari sebelum ini saya fokus kepada penulisan laporan tahun pertama saya kerana masih menunggu arahan dari post-doctoral iaitu Konstantina. Alhamdulillah bergerak juga penulisan tu :). Pada sebelah petang saudara Muhammad mengajak saya untuk melihat beliau membuat penyelidakan berkenaan penggunaan ‘biosurfactant’ sebagai anti-kanser. Beliau fokus kepada penyakit oral-kanser. Menarik untk diaplikasi untuk penyelidikan akan datang. Saudara Muhammad juga menasihati saya, antaranya:

1) Tesis yang diberikannya semalam perlu saya ikut supaya method yang saya gunakan adalah valid seterusnya menghasilkan data yang baik.

2) Dia juga mencadangkan agar saya menambah satu bab dalam tesis untuk mengkaji genetik Pseudomonas aeruginosa ATCC9027 yang mana digunakan untuk mengeluarkan biosurfactant iaitu morhamnolipid dan dirhamnolipid.

Hmm, menarik…

Petang itu juga Konstantina memberikan saya beberapa helaian kertas berkenaan teknik Solid Phase Extraction dan Thin Layer Chromatography untuk di baca 🙂

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *