Jumaat 6 February 2015

Assalamualaikum

Hari ini sambung belajar Solid Phase Extraction dengan lebih mendalam. Cara ini menggunakan klorofom untuk memisahkan sampel anda. Klorofom dimasukkan ke dalam “syringe” yang mempunyai silika gel dan silika gel ini akan menjadi padat. Kemudian masukkan sampel yang telah dilarutkan dengan klorofom ke dalam syringe. Untuk sampel rhamnolipid dipisahkan kepada monorhamnolipid dan dirhamnolipid, perlu dua jenis larutan berbeza, jika anda nak monorhamnolipid anda perlukan larutan kloroform:methanol 5:0.3 dan untuk dirahmnolipid┬ákloroform:methanol 5:0.5. Pisahan ini akan didapati dalam bentuk ‘band’ dan sidalurkan kepada botol kaca.

 

Solid Phase Extraction
Solid Phase Extraction

IMG_6088Sampai masa untuk solat jumaat, saya, saya menumpang Muhammad untuk ke masjid di Coleraine. Masjid ini adalah satu-satunya masjid di Coleraine. Jadi sesiapa yang duduk di kawsan sekitar samada Portrush atau Portstewart perlu ke sini untuk solat Jumaat.

IMG_6102

Pintu masuk
Pintu masuk

Pada sebelah petangnya, saya ke Bellamyna untuk menyewa kereta dengan Trustford. Jadi kalau nak sewa kereta, Trustford Bellamyna adalah salah satu syarikat yang berdekatan. Perjalanan menaiki keretapi mengambil masa 45 minit dari Coleraine ke Bellamyna. Jauh juga tu.

Trust Ford Bellamyna
Trust Ford Bellamyna
Kereta yang disewa
Kereta yang disewa

Seterusnya…

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *